Monday, November 05, 2012

Kemurungan..




PERWATAKANNYA sentiasa ceria, murah senyuman dan ramah (itu adalah aku..huhu). Tiada siapa menyangka orang sepertinya yang sentiasa kelihatan bersemangat dan ceria boleh mengalami kemurungan.
Malah, ramai yang menganggap kemurungan bukan isu besar kerana bagi mereka semua orang pernah mengalami perasaan sedih dan tanggapan ini menyebabkan masalah kemurungan semakin serius.
Kesedihan kemurungan tidak sama dengan kesedihan biasa yang dialami kebanyakan orang.Kesedihan biasa akan hilang dalam masa dua atau tiga hari tetapi kesedihan kemurungan boleh berlarutan ia menyebabkan individu murung berasa dirinya tidak berguna serta hilang keinginan untuk meneruskan hidup..

Simptom Kemurungan:  
Kurang tumpuan dan fokus, Kurang yakin pada diri dan hilang semangat, Sering rasa bersalah dan berasakan diri tidak berguna, Berasa masa depan tidak menentu, Cenderung untuk mencederakan diri, Tidur yang terganggu, Hilang selera makan, Emosi negatif dan rasa sedih berpanjangan, Perasaan tidak menentu, sensitif, resah dan keliru, Hilang minat dan rasa seronok, Letih, Rasa kesunyian.

p/s: aku pun penah alaminya juga tp masih boleh kawal masalah nie di hadapan kawan2..sbb tu aku ske tonjol perangai giler2 aku depan diorg..biar diorg xtau aku nie sedih atau sakit ke tak pun ngah tension...huhuhuhu..harap2 aku tak alami kemurungan yang melampau..Amin..(^_^)

Sunday, November 04, 2012

Tahniah sahabat ku yg sorang nie..

Salam hari Ahad yg tenang dan damai,
ade satu kisah nk dikongsi bersama, tp sblm tu aku nk ucapkan tahniah kepada kwnku sorang nie iaitu si D (bukan nama sebenar)..akhirnye dia dh dpt meluahkan sesuatu yg trlalu berat dan agak mengoncang fikirannya untuk membicarakan kepada si dia..thats my bro..dia dh kira advance la drpd aku..cara dia tgu sesorg tu..waiting for the perfect time to tell her about his true feeling..berani gk la dia confess kt si dia tu..aku nie still xberani g wt cmtu sbb aku nie kan single g...mane ade sape2 n ushar aku nie..hahaha..gurau jer..yg penting tingkatkan usaha k..jgn cepat mengalah..ape2 jgn nk sorok2 g k lepas nie..xmau2..hehehe...sharing is caring..kot2 aku nie leh bg petua ke cara nk kuminkasi dgn dia ke kan2..korang bace la kt blog dia nie..link dia kt bawah nie..
http://daniel-fipperowlcity.blogspot.com/
lastly, aku doakan yg terbaik utk sahabat2 aku semua...sama2 kita cari keredhaan ALLAH di muka bumi nie..n sama2cari kebahagiaan hidup kita bersama...(^_^)

Wednesday, October 31, 2012

Kembali Senyum (^_^)

Semalam kawan sebelah bilik lepak study kat blik aku, dia tgk aku dgn penuh pelik bin ajaib serta dgn penuh kehairanan setelah melihat aku msuk blik...dia kate aku masuk blik dgn muke etrsenyum lebar jer jer..dasyat tue..hahaha...itupertama kali aku kembali senyum berseri2..kawan aku tgk aku balik dr mkn malam dgn penuh keceriaan..lgpun benda tu jd spontan..aku pun xperasan yg aku tgh senyum memanjang jer time tu..ape2 pun aku dh kembali gembira, sudah kembali senyum...yg penting aku dah kembali bersemangat semula..skg nie time exam..so kene study rajin2..okay ;)
so senyum la selalu k..jgn asyik masam je muka tu k..baru hidup kita ceria..^^






Tuesday, October 16, 2012

Apa beza antara Suka, Sayang & Cinta ???

Saat kau MENYUKAI seseorang, kau
ingin memilikinya untuk keegoanmu
sendiri.

Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau
ingin sekali membuatnya bahagia dan
bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan
melakukan apapun untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

SUKA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan
dan menawan."

SAYANG adalah saat kau melihatnya kau
akan melihatnya dari hatimu dan bukan
matamu.

CINTA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Buatku dia adalah
anugerah terindah yang pernah Tuhan
berikan padaku.."

Pada saat kau suka padanya, kau akan
MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

Pada saat kau sayang padanya, kau akan
MEMBIARKANNYA MEMILIH.

Pada saat kau cinta padanya, kau akan
selalu MENANTINYA dengan setia dan
tulus...

SUKA adalah kau akan menemaninya bila
itu menguntungkan.

SAYANG adalah kau akan menemaninya di
saat dia memerlukan.

CINTA adalah kau akan menemaninya tak
perduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut.

SAYANG adalah hal memberi dan menerima.

CINTA adalah hal yang memberi dengan rela .


Cinta itu sesuatu yang indah ..
Cintailah si dia selagi kau mampu kerana
hidup hanya sekali ..

Saturday, October 06, 2012

Layakkah aku...?

semalam aku tejaga drpd tidur...
memikirkan kata-kata seseorang..
tergiang-giang dalam kotak minda dan hatiku..
kata-katanya telah membuatkan aku berfikir sejenak dgn lebih mendalam...
layak kah diri aku ni mencintai seseorg dgn hanya bersandarkan cinta??
adakah kite bercinta hnya kerana gelora nafsu atau kite betul2 ikhlas menyayangi seseorg itu?
satu kemusykilan yg melanda minda ku sejak pagi td..hehehe.
.bkn aku nak menyalahkan sesiapa..
tapi ni pendapat aku..
lalu aku terfikir........
mampukah aku membimbing sseorng tu menjadi perempuan solehah seandainya ilmu di dada aku ni belum cukup sempurna..?
layakkah aku menjaga kebajikan seseorang itu seandainya diri aku sendiri belum cukup terjaga..??
layakkah aku memcintainya jika ilmu dan hukum hakam agama ku hanya tahu serba sedikit..??
layakkah aku memberinya cinta yg tulus sekiranya hanya megucapkan melalui kata-kata..??
mampukah aku melindunginya seandai saatnya dia memerlukan aku melindungiku..??
adakah aku mampu membimbingnya ke jalan yg lurus seandainya diriku ni masih dibuai dan alpa dgn hal-hal dunia yg fana ni..??
adakah aku mampu memberinya kebahagian seandainya aku akan menyakiti hatinya nanti..??
adakah dia setia sebagaimana aku setia terhadapnya..??
adakah seseorang itu akan menerima aku sedanya wlupon diri aku mempunyai banyk kekurangan dan x sempurna bagimu..?
adakah kita mencintai seseorang itu hanye berpaksikan kpd gelora jiwa dan nafsu, bkn mencintainya kerana Allh S.W.T..

kisah dia telah membuka mata hatiku yg cinta nie bkn perkara yg boleh dipandang ringan..
ia melibatkan soal hati, perasaan dan maruah..
cinta itu menuntut kita memberi rasa cinta itu, kasih syg terhadap pasangan kita bukan menuntut agar diri kita ini dicintai oelh pasangan kita..lebih baik kita memberi cinta drpd meminta dicintai drpd pasangan kita sendiri  demi menjaga kebahgian kita juga..
so..terpulang kepada diri sendiri ok..
aku adalah aku..
insan yg kerdil hidup di dunia yg fana ciptaan Allah S.W.T..
wallahualm bi shawab...;)

Friday, October 05, 2012

PETUA NAK CARI CALON ISTERI


Mak aku cakap carik bakal isteri kat pasar minggu hari sabtu/ahad pagi sebelum pukul 10.

Sebab :
 
Isteri yang baik adalah bini yang bangun pagi. Kenape sabtu/ahad? Sebab weekdays semua orang bangun pagi.sebab terpaksa. Kerja punya pasal.awal2 kawin boleh la bangun lambat

Isteri  yang bagus adalah bini yang kenal nama dan bentuk ikan dan sayur. Kalau awek u all setakat tau ikan lumba2 dan ikan paus, sila nilai semula hasrat nak berbinikan mereka.

Isteri yang best adelah mereka yang jenis tak kisah nak pegi pasar. saving duit u all. cube bayangkan kalau bini u all anti pergi pasar. takkan nak beli ikan kat times square? gile ke ape..

sebab tu la aku ske pegi pasar seblm pkul 10 time weekend bile aku balik umah time cuti...

Apa pendapat korang? Nampak macam kelakar kan.. tapi ada gak kebenarannya.

Saturday, September 29, 2012

Bajet Oh Bajet

Pelbagai reaksi yg aku dpt lihat drpd setiap golongan tidak kira sbg pelajar, kakitangan awam, golongan tua, golongan suri rumah dan sebagainya..aku pun berharap semoga bajet 2013 menyediakan negara kepada keadaan ekonomi yang lebih stabil dan baik..harap rakyat didahulukan..peace v(^_^)

Nie gmbar para petugas media menunggu di lobi Dewan Negara bagi membuat liputan pembentangan Bajet 2013.

Thursday, September 27, 2012

Dah lame tak update blog ;)

Ish2....dah dekat 3 bln aku tak update blog aku nie...udah bersawang blog aku nie...ish2..tula sibuk dgn mcm2 hal smpai nk update blog pun boleh terlupa...huhuhuh....
lagipun mcm perkara terjadi sepanjang masa aku xupdate blog nie..
setakat di sini coretan aku untk entry kali nie...heheheh
wish da best to you all..^_^

Wednesday, July 04, 2012

Selamat Hari Lahir Mak

Assalamualaikum.

hari ini hari rabu iaitu 4 Julai 2012...hari ni adalah hari yg teristimewa dlm hidup aku nie...nk tau nape? Sebab hari ni adalah hari lahir mak aku iaitu Pn. Hajah Khamisah Binti Mat Nayan yg ke 47....SELAMAT HARI LAHIR MAK...tp hari ni mak aku kerja lah...so kene tunda ke hari lain untuk meraikan hari lahir mak...mak sabar yer...anak2mu jauh di perantauan untuk menuntut ilmu dan mencari rezeki halal di sana....
jadi aku ase aku nk wat surprise lah kat mak nanti...INSYAALLAH.
Kpd mak, arep doakan mak dikurniakan sihat tubuh badan dan dimurahkan rezeki yg halal serta mendapat ketenangan dan kebahagian di samping keluarga kita yg tercinta...amin
Jadi sbagai anak, kite harus mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa kite sendiri....selama ini diorg susah payah menjaga dan membesarkan kite, dan waktu inilah kite pula yg membalas jasa mereka yg tidak terkira tu dgn menjaga mereka dgn penuh kasih syg sehingga akhir hayat...aku berdoa agar aku dapat membalas jasa baik kedua ibubapa aku dgn menjaga mereka dgn baik dan penuh kasih sayang sepertimana mereka menyayangi aku sejak dari kecil, amin
peace v(^_^)

Monday, July 02, 2012

Kenangan bersama member2 di sekolah dulu

ni mase aku kat sekolah teknik gerik...
muke sume time tu suci2 belaka hahahaha...
skg nie diorg ada yg dah abes blaja, siap dah apply kerja dah tu..
tinggal aku sorg je nk stil blaja dalam kalangan diorg...
ape2 cari rezeki halal dan jgn lupakan aku ble korang dah berjaya nanti k..
Insyaallah...

Gambar keluargaku


Ni gambar mase Hari Raya Aidilfitri 2011...dah lame aku cari gambar nie..alang2 dah jumpa gmba nie ape salahnye aku upload kat blog aku nie kan..hehehehe...raye taun lepas kami telah sepakat pakai wane hijau...taun nie mcm mane palk? kuasa veto dlm pemilihan warne blom ditentukan lagi tp ada ura2 mengatakan kaler coklat yg jadi pilihan (cewah)...dah la aku wat muke sememeh time gambar ni diambil...abang aku kate dah mcm askar Russia tgh kawad (ape la abg aku nie)..sekadar gurauan sesama adik beradik...miss my family so much...harap mereka sume sihat2 belaka dan rirahmati oleh Allah SWT...amin

saya budak baru belajar

Assalammualaikum, nie adalah blog baru saya..
saya mulakan bicara saya dengan serangkap pantun:

BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN,
SAYA BUDAK BARU MENDAFTAR,
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN..

(^_^)