PERWATAKANNYA sentiasa ceria, murah senyuman dan ramah (itu adalah aku..huhu). Tiada siapa menyangka orang sepertinya yang sentiasa kelihatan bersemangat dan ceria boleh mengalami kemurungan.
Malah, ramai yang menganggap kemurungan bukan isu besar kerana bagi mereka semua orang pernah mengalami perasaan sedih dan tanggapan ini menyebabkan masalah kemurungan semakin serius.
Kesedihan kemurungan tidak sama dengan kesedihan biasa yang dialami kebanyakan orang.Kesedihan biasa akan hilang dalam masa dua atau tiga hari tetapi kesedihan kemurungan boleh berlarutan ia menyebabkan individu murung berasa dirinya tidak berguna serta hilang keinginan untuk meneruskan hidup..
Simptom Kemurungan:
Kurang tumpuan dan fokus, Kurang yakin pada diri dan hilang semangat, Sering rasa bersalah dan berasakan diri tidak berguna, Berasa masa depan tidak menentu, Cenderung untuk mencederakan diri, Tidur yang terganggu, Hilang selera makan, Emosi negatif dan rasa sedih berpanjangan, Perasaan tidak menentu, sensitif, resah dan keliru, Hilang minat dan rasa seronok, Letih, Rasa kesunyian.
p/s: aku pun penah alaminya juga tp masih boleh kawal masalah nie di hadapan kawan2..sbb tu aku ske tonjol perangai giler2 aku depan diorg..biar diorg xtau aku nie sedih atau sakit ke tak pun ngah tension...huhuhuhu..harap2 aku tak alami kemurungan yang melampau..Amin..(^_^)